LOVE YOU
PRINCESS!
BAB 1
"Arghh!!dah lambat!!!dah lambat!!!!"
Syamia terus berlari masuk kedalam bilik
mandi dan mandi secepat mungkin.Sesudah mandi dia terus memakai pakaian sekolah
dan tergesa-gesa turun ke tingkat bawah dengan membawa sikat dan getah
rambut.Tercari-cari dia abang keduanya itu.
“Abang
Niq!!Tolong orang ikat rambut boleh?Dah lambat ni.” Katanya sebaik sahaja
terlihat abangnya itu sedang menyediakan sarapan bersama Mak Som,orang gajinya
di dapur.Saiful Aniq dan Mak Som hanya menggelengkan kepala dengan perangai
puteri bongsu itu.Tanpa banyak bunyi Saiful Aniq menyikakan rambut adiknya itu.
“Eh,beg sekolah Mia mana?” tanya Saiful
Aniq pada Syamia Safinas sambil mengemaskan ikatan rambut adiknya itu.Syamia
Safinas yang baru sahaja teringatkan beg sekolahnya yang lupa di bawa turun
terus mennepuk kepalanya pelahan.
“Haah la..beg Mia! Lupalah
abang.Hehehe..”Katanya sambil menggaru dahinya.
“Abang Lan!!Tolong ambilkan beg Mia
dalam beg..and please hurry up bro!” jerit Syamia Safinas dengan lantang.Saiful
Aniq sudah tersengih melihat telatah adik bongsunya itu.Tak lama kemudian Izlan
Shah turun dengan tergesa-gesa bersama beg Syamia Safinas di mulut dan begnya
pula disandang di belakang badannya manakala kedua-dua belah tangannya pula terkial-kial
mengikat tali leher.
“Hah ni lagi seorang.Kelam kabut.Cuba
turun tangga tu elok-elok.Kang jatuh
barulah tahu.Hei..abang tengah
cakap dengan kamu ni..Dengar tak?” bebel Saiful Aniq pada adiknya,Izlan
Shah.Izlan Shah pula buat endah tak endah je dengan bebelan abang keduanya
itu.Saiful Aniq hanya menggelengkan kepala dan mula melangkah naik ke tingkat
atas untuk mengambil beg kerjanya.Syamia pula sudah siap memakai kasut hanya
tergelak melihat abang-abangnya itu.
Izlan Shah pula terus mencapai sekeping roti buat adiknya dan terus
menyumbat roti itu masuk ke dalam mulut adiknya itu.Tangan kirinya pula terus
menarik tangan adiknya itu menuju ke motorsikal kesayangannya di dalam
garaj.Sebagai ketua pengawas dan penolong ketua pengawas mereka perlu
memastikan namanya takkan tercemar dengan rekod yang tidak menyenangkan.
“Jom Mia!” katanya sambil menghidupkan motosikal Kawasaki ZXR 250 kesayangannya itu.Syamia hanya memandang pelik ke arah abang ketiganya itu.
'Aik ape
mimpi abang aku ni??nak bawak motor besar ni pergi sekolah?' Syamia Safinas
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. 'Emm..macam mana aku nak panjat motor
gedabak ni?Seksi seksa haa..malu aku.' Sempat lagi dia membebel di sisi abangnya.
“Eh,Mia tunggu apa lagi ni?cepatlah
naik.dah lambat ni.”Tegur Izlan Shah melihat adiknya dari tadi menggaru
kepala.Ada kutu ke kepala adik aku ni tergaru sana tergaru
sini.Ish…macam-macam.Akibat terkejut dengan teguran abangnya itu Syamia Safinas
terus memanjat naik motor itu dengan payahnya.Izlan Shah hanya menggelengkan
kepalanya lalu menghulurkan helmet kepada adik kesayangannya itu.Syamia
Safinas hanya mengambil tanpa banyak
bunyi. ‘Pergh..ni dah macam minah rempit dah aku ni.Hahaha.Ah lantaklah sekali
sekala merempit dengan Abang Lan aku ni.’
“Abang Niq kitaorang gerak dulu
ni.Assalamualaikum,” jerit Izlan Shah kepada abang keduanya itu yang sudah siap
berkot hitam bersama beg silang di bahu untuk ke pejabat.Motorsikal Izlan Shah meluncur laju di jalan raya.Sampai sahaja di
persimpangan sekolah dia pun menyuruh Syamia turun dari motornya itu dan terus
memakir di port biasa.
Mereka berdua terus masuk ke kawasan sekolah
dan bergerak menuju ke bilik pengawas.Emm..bosan betul nak menghadap muka budak-budak
lambat ni.Syamia Safinas mengeluh sambil punch kad kedatangan.Selepas punch kad
Syamia Safinas pun memeriksa kedatangan para pengawas.Sekiranya ada pengawas
yang lewat pasti akan di ambil tindakan.Selesai memeriksa Syamia bergegas ke
pintu pagar utama sekolah untuk membantu pengawas lain bertugas.
Sampai di pagar utama sekola kelihatan 10
orang pelajar lewat sedang beratur.Semua di situ menunduk kepala bila melihat
susuk tubuh gadis yang sangat mereka kenali.Ada yang menggelabah dan ada yang
tenang sahaja.Syamia Safinas hanya tersenyum manis melihat mereka dan tangan
kirinya pula ad sebatang kayu baseball. ‘Haa..ni yang cuak ni..adoi mati lah
aku kena ngan Kak Yong ni..’ bebel seorang pelajar lelaki yang bernama Sufian.Syamia
Safinas bergerak menuju ke arah abangnya yang sedang sibuk memantau beberapa
pelajar lain yang baru masuk dalam kawasan sekolah.
“Abang!pinjam pen.Mia lupa ambil dalam beg”
terus sahaja dia mencapai pen biru di poket baju Izlan Shah.Di hujung penjuru pagar
sekolah terdapat aura dengki dari group gediks.Haha..Suzanne ketua kumpulan
budak gedik itu memandang sinis kea rah Syamia Safinas.Syamia pula buat tak
tahu je kat dorang tu buat sakit mata sakit hati je kalau melayan budak bajet
cun ni. Suzzane mengetap bibir bila tengok Syamia tergedik-gedik
dengan jejaka pujaannya.Padahal Syamia tak tergedik pun dia je yang perasan
lebih.Syamia memberi jelingan maut.Dalam hati dia berkata ‘huh x puas hati
dengan aku la tu.Abang Iz tak ingin la kat perempuan macam kau ni.Tengok tu dah
la pakai skirt terlalu singkat.Kalau macam tu baik tak payah pakai skirt
terus.Eeee…menyampah aku tengok.Tergedik-gedik macam chipanzi je..hahaha’
Suzzane tak hirau pandangan Syamia
tetapi dia terus berdiri sebelah Izlan dan mulakan rancangan menggoda Izlan.
“Abang Shah,Su mintak maaf ya ating lewat hari ni.Kereta ayah Su buat hal pagi
tadi.Jadi Su terpaksa jalan kaki ke sekolah.Abang Shah lepaskan la Su ya.Su
janji lepas ni Su tak datang lewat lagi.Suzzane tersenyum menggedik sebelah
Izlan.Shila dengan Sara dah tersengih-sengih melihat ketua mereka memulakan
rancangan mereka.
Syamia sudah geram. ‘Ni pahal lak nak
menggedik minah ni!ish,menyampah lah!’katanya dalam hati.Syamia terus pandang
ke arah pelajar lelaki yang memandang Suzzane dengan terliur tengok Suzzane
menggoda abangnya.terus tangannya laju mengetuk kepala pelajar-pelajar lelaki
yang pandang Suzzane itu.
“Oit!Korang tengok apa?Dah la datang
lambat!muka yang sama sahaja.Tak ada orang lain ke?Korang buat parti ke malam-malam
hah sampai lambat datang sekolah??”pekik Syamia melepaskan geram.Beberapa
pengawas sudah tersenyum melihat Syamia melepaskan geramnya.Pelajar-pelajar
lelaki tadi tersentak dan pandang Syamia semula.Gerun melihat muka Syamia
marah.
“Nak lepaskan kau ek?hmm…apa kata kau
pergi tanya Syamia sama ada kau boleh dilepaskan atau ditahan untuk kutip
sampah ni”Lembut sahaja suara Izlan padahal dalam hati rasa nak debik saja muka
minah sorang ni.Suzzane dah menarik muncung. ‘tak abis-abis Syamia-Syamia..tak
ada orang lain ke?’Katanya dalam hati. “Oh ya,Su.Lain kali kalau nak ating
sekolah tolong buat cara nak datang sekolah skirt tu dah tak macam skirt
je.”tegur Iz tegas.Tiada senyuman
diberikan.
Syamia yang tidak jauh dari situ terus
tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu. ‘Ni yang buat Mia sayang sangat kat
abang.’Kemudian dia memandang pelajar lelaki yang bernama Sufian tu.
‘Hehe..malangnya nasib kau Sufian..nampaknya kau jadi mangsa aku harini.’Sufian
yang sememangnya kecut perut dengan pandangan Syamia terus menunduk. ‘Mati la…’
“Sufian?bukan ke kau dah janji yang kau
tak nak datang lewat hari ni?Nampaknya kau mungkir janji ya..hmm..baiklah
disebabkan kau dah mungkir janji aku akan denda kau.Dengar baik-baik.Dalam
seminggu ni kalau aku jumpa kau kat mana-mana aku akan belasah kau sampai nyawa
kau dah nak sampai nyawa-nyawa ikan!Faham?”gertak Syamia sambil menunding jari
ke muka Sufian.Menggigil-gigil Sufian
menahan rasa takutnya.
“Dalam kiraan tiga korang semua ad kat sini lari masuk kelas masing-masing.Siapa yang aku dapat tangkap,jangan meraung kalau tulang patah sebab aku sebat dengan kayu ni”Syamia bersuara tenang sambil di tangan kirinya ada sebatang kayu yang dia ambil di tepi bilik pengawas tadi.
Para pelajar dah bersedia di tempat masing-masing seperti memasuki acara marathon sahaja.
“Satu…dua…ti..!”belum
sempat habis kira lagi semua pelajar yang lewat,lintang-pukang berlari masuk
kelas masing-masing.Para pengawas lain sudah tidak tahan tawa mereka melihat
Syamia mengugut pelajar-pelajar itu.Izlan Shah la yang paling kuat sekali
gelaknya.Macam mana tak tergelak si Suzzane and the geng tu pun lari lintang
pukang sebab takut dengan ugutan adik kesayangannya itu.Izlan jalan menuju ke
adiknya dan mencuit hujung hidung adiknya.
“Nakal ek?Hahaha”ketawa Izlan
lagi.Syamia sudah tersengih-sengih.Selesai sudah tugasan mereka.Mereka pun
beredar ke kelas masing-masing.
Syamia Safinas masuk kelas.Sudah
semestinya dengan kedatangan Syamia menjadi penarik perhatian semua pelajar di
dalam kelas.Semua pelajar diam membisu kerana takut dengan jelingan maut Syamia
Safinas.Ayu dan Amanina sedang tersengih melihat keadaan kelas yang sudah sunyi
sepi dengan kemunculan Syamia Safinas.Syamia Safinas memang digeruni oleh mereka semua kerana
sikap tegasnya.Disebabkan sikapnya itu ramai pelajar takut dengan Syamia
safinas.Ada yang cuba menyakiti Syamia Safinas tetapi malangnya nasib
mereka,kerana Syamia Safinas bertindak pantas.Disamping itu,Syamia Safinas
merupakan PuTerI kesayangan ketua pengawas mereka Izlan Shah dan anak kepada
Dato’ Izzat iaitu jutawan terkenal di tanah air ini.Sebut sahaja nama
Dato’Izzat sudah pasti sume mengenali pemilik nama itu.
“Sya!kau menung apa tu?”tegur Ayu bila melihat Syamia termenung jauh.
“Mana ada aku temenung la.Korang ni dari mana hah?”Syamia membalas.
“Kami dari…bilik guru la.Kenapa?”soal Amanina pula.
“Tak ada pape la.Aku tanya je.Tak leh ke wahai sahabat-sahabatku?”jawab
Syamia kembali.
“Aku dengar pagi tadi si
Suzanne ngorat Abang Iz ek?hehehe popular sungguh abang pengawas kau tu.Tak
jeles ke cik kak?”Ayu memulakan sesi gossip panas sekolah.Syamia mencebik
kemudian tersengih.
“Halllooo!!aku nak jeles
wat pe?Diakan Abang Lang aku…tapi aku menyampah ngan Suzanne tu.Tak habis-habis
cari masalah.Dah tahu Abang Iz tak layan
tu maknanya dia tak nak la.Aku rasakan dia tu tak tahu malu.Eee..geram
la!”
“Yela tu tak jeles…kau ngan
Abang Iz kan kamcing berdua.Macam pasangan kekasih gitu.”tiba-tiba Nazreen muncul
disebelah Syamia.Syamia terkejut dan bagi back hand kat Nazreen.
“Oi!sakit lah!Sampai hati kau bagi back hand kat
sepupu kesayangan kau.” Rungut Nazreen sambil mengusap-usap tengkuknya.Ayu dan
Amanina sudah tak dapat menahan ketawa lalu tergelak terbahak-bahak melihat telatah
Syamia.Syamia hanya tersenyum sumbing.serba salah sebenarnya.
“Sorry…lagipun siapa suruh
kau menyampuk tak bagi salam.Kan free-free dapat back hand aku.Padan
muka!”sambil dia membebel sambil tu dia mengusap tengkuk Nazreen.Nazreen pula
tersengih melihat Syamia membebel.Memang salah dia pun.
Tak lama kemudian kelas mereka pun bermula.Mereka berlajar seperti
biasa.Tinggal 1 bulan je lagi Syamia dan pelajar-pelajar tingkatan lima akan
menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.
“Mia!!jom cepat.Nanti Abang Niq membebel.”kata Izlan Shah pada Syamia sambil menghulur helmet milik adiknya.Syamia hanya tersengih lalu menyambut helmet yang dihulurkan.
“Abang Shah..kalau Su nak mintak
tolong hantarkan Su balik boleh tak.”muncul Suzzane tiba-tiba dengan suara
gedik.
Izlan dengan Syamia terkejut nasib baik dua-dua
tak ada sakit jantung kalau tak…dah masuk kubur tau. ‘Ish minah kan..nak
menggedik saja kerjanya.Nasib baik aku tak terhempuk kau dengan helmet ni.’
“Eh sori Su.Abang dengan Sya nak
cepat ni.Bye.Assalamualaikum!”cepat-cepat Izlan Shah menghidupkan enjin
motornya dan memecut.Nasib baik Syamia memeluk pinggangnya kalau tak,mau
adiknya tu tercampak ke belakang.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan
menghantar pesanan ringkas pada Nazreen untuk turut serta dengan mereka
sekeluarga.
Sampai di Wangsa Walk.Izlan Shah berjalan
beriringan dan berpegangang tangan dengan adiknya.Semua pengunjung di Wangsa
Walk ada yang memandang cemburu ada yang tersengih-sengih tengok mereka.Izlan
Shah dan Syamia Syafinas hanya buat bodoh dan berlalu ke tempat main bowling.Di
dalam Dato’ Izzat sudah berada bersama-sama dengan Amirul Syakim,Saiful Aniq,dan
Nazreen.
Mereka bermain bowling dan saling meluangkan
masa bersama-sama.Seperti biasa Izlan Shah akan berganding dengan Syamia
Safinas.Nazreen pula berganding dengan Dato’ Izzat dan semestinya kembar takkan
berpisah.Hehe.Penat bermain mereka pergi mengisi perut di Restoran A&W.
“Abang Niql!Abang Am jom
karaoke?”serentak Syamia dan Izlan bersuara selepas melintas pusat karaoke di
Wangsa Walk.Yang lain sudah ketawakan mereka kerana kelihatan seperti
kanak-kanak yang inginkan aiskrim dari kedua-dua ibu bapa mereka.Hahaha..
“Korang berdua ni kan..sama sahaja tau.”kata Nazreen selepas puas ketawa dengan telatah kedua-dua adik beradik tu.Amirul Syakim dan Saiful Aniq hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka.Dato’ Izzat pula dari tadi tak habis-habis tersengih melihat telatah anak-anaknya. ‘Alangkah bahagianya abang sekiranya Syaf masih berada bersama kami..’kata hati tuanya yang amat merindui arwah isterinya.
“Apa lagi?Jom!Daddy belanja”kata Dato’ Izzat membuat kata putus.Izlan Shah dan Syamia Safinas sudah melompat gembira dan segera masuk ke pusat karaoke tersebut.
“Eh Uncle Iz..Naz pulang dulu la..lagi pun papa dengan bonda suruh balik cepat tadi sebab ada tetamu datang melawat.Terima kasih untuk hari ni.”Kata Nazreen lalu mengudur diri.
