Saturday, February 1, 2014

LOVE YOU PRINCESS 2


BAB 2

Kau hadir tanpa ku sedari

Mengisi kekosongan hati

Kini kau pergi

tinggalkan ku oh sendiri

Lemasku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi

Membawa rindu yang menggunung

Kau biarkan ku

Oh sendiri malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan

Setelah hatiku kau tawan

Mengapa takdir memisahkan

Hanya aku cinta kau seorang

Mengapa tangan kau lepaskan

Setelah hatiku kau tawan

Angina malam bawalah cintaku

Menghapus rasa rindu

 

      Syamia Safinas leka mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Izlan Shah pada petang itu.Ketika itu mereka berdua sedang duduk bersama di pondok pokok yang dibina oleh daddy mereka sewaktu mereka kecil lagi.Di rumah pondok kecil ini lah tempat dia dan abang-abangnya lepak,meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.Izlan Shah masih memetik gitar dan mula menyanyikan lagu-lagu yang disukai adik bongsunya itu.Banyak kenangan mereka adik-beradik di pondok itu.Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa lalu.

10 tahun yang lalu..(kenangan)

    “Abang Lan macam mana Mia nak panjat pokok tu?” tanya Syamia Safinas yang masih kecil.Ketika itu umur dia baru berumur tujuh tahun.Izlan Shah hanya menggelakkan adik bongsunya itu. “Hahaha.Apalah Mia ni tunggulah daddy pasangkan tangga kat situ nanti Mia boleh la naik atas pondok pokok tu.Faham tak tuan puteri?Tapi janji dengan abang jangan sesekali panjat pokok tu diam-diam tanpa kami berempat okay?dan jangan sesekali berani-raninya nak memanjat pokok tu guna tali tu?Mia tu perempuan kalau jatuh nanti bahayalah okay?”Jawab Izlan Shah tegas pada adiknya.Syamia hanya menganggukkan kepalanya tanda faham dengan kata abangnya itu.

      “Okay,so kiranya selagi daddy tak bina tangga kat pokok ni Mia tak boleh naik la.Mana adil Abang Niq,Abang Am,Abang Lan dengan Naz boleh duduk atas tu tapi Mia tak boleh duduk kat atas tu.Hmm…” rungut Syamia Safinas. “Hei birthday girl,kenapa monyok ni?dan kenapa tak bersiap lagi ni?Kan majlis dah nak bermula.” Tegur Amirul Syakim dari belakang adiknya itu.Syamia hanya tersenyum ke arah abang sulungnya itu. “Lan kau ajar adik yang bukan-bukan ya?”

      “Oi,ko agak-agak lah.Aku tak adanya nak mengajar puteri aku ni yang bukan.Aku ni abang yang baik tahu?” jawab Izlan Shah geram pada abang sulungnya itu.Suka sangat buat dia sakit hati.Amirul Syakim sudah ketawa terbahak-bahak sambil memeluk bahu adik bongsunya,Syamia Safinas. “Dah jom Mia kita masuk.Abang Niq kamu tu dah bising cari kamu tak jumpa-jumpa.Semua baju,kek,perhiasan dah dia siapkan.Macam mak-mak je tahu abang awak tu.Hahaha..” katanya lagi.

       “Ooo..kau kutuk Abang Niq eh?Aku repot kat dia nanti.Hahaha” sampuk Izlan Shah.Terus sahaja si abang menyekeh kepala adiknya itu.Syamia hanya ketawa dan ketawa yang pasti malam ni dia ada agenda tersendiri.

         Masuk sahaja dalam bilik Syamia Safinas terus disiapkan oleh abang keduanya Saiful Aniq. “Emm..abang..” sapa Syamia Safinas manja kepada abang kembarnya itu.Saiful Aniq hanya tersenyum dengan gaya manja adik bongsunya itu. “Hmm…ni mesti ada pape yang dikehendaki ni.” Teka Saiful Aniq.Syamia sudah ketawa.Tahu-tahu sahaja abang aku sorang ni.

         “Kenapa Mia tak boleh panjat pokok tu?Mia nak juga merasa macam mana perasaanya duduk atas pondok atas pokok tu.” Luah Syamia Safinas kepada abang keduanya itu.

         “Okay,listen here dear.Banyak sebab kami larang Mia naik atas tu sorang diri.Firstly as you know princess,daddy belum siap bina tangga lagi untuk Mia naik ke atas pondok tu.Second reason why you should not climb up the tree by using that rope because that rope is not safe anymore.Anytime je boleh putus tali tu.Sebab tu kami tak bagi Mia panjat tali tu.Ada faham?” jelas Saiful Aniq sungguh-sungguh agar adiknya yang seorang tu faham.

          Syamia hanya mengganggukkan kepalanya tanda dia memahami kata-kata abang keduanya itu. ‘Arrgghh aku tak peduli malam ini aku kena panjat pokok tu.’kata Syamia Safinas tanpa memikirkan buruk padahnya nanti.Majlis malam itu berjalan dengan lancar.Tanpa disedari oleh Amirul Syakim,Saiful Aniq,Izlan Shah,Nazreen dan Dato’ Izzat,Syamia Safinas telah pon menyelinap keluar ke pokok yang terletak di belakang kawasan rumah agam daddynya.

           Tingginya…hmm…aku nak naik jugak.Aku nak tengok pemandangan kat atas sana.Tanpa sedar Syamia sudah mencapai tali yang memang sudah ada di situ.Sedang dia naik serasanya macam tali tu bagaikan hendak terputus.

              Tup!

          “Argh!!”Syamia mula terjerit kerana terasa seperti dia sedang terbang menjunam ke bawah.Tunggu saat sahaja seluruh badannya terhempas ke tanah.Syamia Safinas memejamkan matanya kerana takut dengan kesakitan yang bakal dia hadapi sebentar nanti.Tapi pelik kenapa rasa macam lama sahaja aku ni jatuh tak sampai-sampai ke tanah.Ke aku dah mati??Daddy Mia tak nak mati lagi…huaargghh..

            Tiba-tiba satu suara menusuk ke gegendang telinganya. “Awak okay??Cedera tak?Sakit kat mana-mana?”Kata jejaka itu.Syamia Safinas terpegun tengok mata lelaki itu.Tanpa dia sedar rupa-rupanya dia sudah selamat berada di gedongan lelaki itu.Pucat di muka Syamia Safinas membuatkan budak lelaki itu gelabah dan panik.Dia menggoncang-goncang badan Syamia Safinas.Tangannya pula sibuk melambai-lambai di depan muka Syamia Safinas tetapi gadis comel tu tak memberi sebarang reaksi.
          
            Apa kena dengan budak comel ni?Okay ke tak dia ni..apa aku nak buat?Farish Faryzal makin panik.Seminit kemudian Syamia Safinas baru boleh bersuara.Tu pun perlahan. “Emm..aa.awak..err..mm..boleh..turunkan Mia tak?” kata  Syamia Safinas tergagap.Huh?boleh pun bersuara ingatkan tak boleh cakap dah.Farish Faryzal pun menurunkan gadis comel tu.Nasib baik dia sedang berjalan-jalan di kawasan sekitar tu.Mujurlah dia sempat sambut Syamia Safinas kalau tak tak tahu la apa jadi.Mesti kecoh nanti.

           “Err..Terima kasih..” ucap Syamia Safinas gugup.Syamia Safinas masih malu dan masih terkejut dengan kejadian tadi.

            “Emm..Sama-sama.Awak buat apa kat sini malam-malam ni.Bahaya tau.Cuba tengok tadi hampir sahaja nyawa awak melayang.”Farish Faryzal memulakan ceramahnya.Sebenarnya dia betul-betul panik melihat gadis tu hampir jatuh ke tanah.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              “Saya Cuma nak panjat pokok tu..Abang-abang saya tak izinkan saya naik ke atas tu selagi tangga yang daddy bina belum siap.”Syamia Safinas mula menangis.Dia masih lagi dalam keadaan terkejut.Farish Faryzal panik kembali. ‘Alahai..menangis pula..ee..what should I do?’

            “Emm..jap tau.Awak tunggu saya kat sini.Kejap lagi saya datang balik.”pujuk Farish Faryzal.Syamia Safinas blur.Tak lama kemudian si jejaka tadi datang sambil membawa segelas air masak dan sebuah patung beruang berwarna putih.Mata Syamia tak beralih pada patung beruang tersebut.

             “Beruang!!!comelnya!!!!!”terus dia merampas patung beruang itu daripada jejaka tersebut,Syamia Safinas memeluk-meluk beruang tersebut dengan penuh teruja.
“Fluffy la awak ni Mr.Trio”Syamia Safinas tersengih sambil menenyeh-nenyeh mukanya pada badan beruang putih itu.Manakala Farish Faryzal terpegun melihat gadis di depannya tu.

            “Trio??heheh..comel nama tu..err..Saya Ryzal.Awak leh panggil saya Riz.Nama awak siapa tuan puteri?”Farish Faryzal memperkenalkan diri.Gelas yang berisi air tu diletakkan di atas pangkin bawah pondok pokok.

           “Mia..Syamia Safinas.”jawab Syamia sambil tersenyum gembira kerana mendapat hadiah yang sangat comel. “Ooo..awak adik Amirul Syakim ya..hehe patut lah ada iras-iras.Saya..eh saya kena pergi.Maaf..Selamat ulang tahun puteri comel.”Farish terpaksa beredar kerana dia sudah berjanji untuk pulang awal dengan papanya.Sempat lagi dia mengelip mata pada gadis comel yang dikenalinya.

            Syamia sudah tergamam.Merah muka dia.Tiba-tiba muncul pula Izlan Shah dan Saiful Aniq.

          “Oit…apa Mia buat kat sini?”tanya Saiful Aniq.

           Terkejut Syamia dibuatnya. “Ish apa Abang Epul ni??Terkejut Mia tau.”Saiful Aniq dan Amirul Syakim tergelak-gelak melihat wajah cemberut adiknya tu.

            “Mia buat apa malam-malam buta kat bawah pokok ni sorang-sorang?Jangan-jangan Mia ada  niat nak panjat pokok ni ya?”Tebak Amirul Syakim.Dia kenal sangat perangai adik bongsunya itu.Lagi ditegah lagi dia buat.

             “Ehh…Mana ada Mia tak buat lah..Mia bosan kat dalam sana jadi Mia keluar lah.”Bohong Mia.Harap-harap dia tak tertangkap.Amirul Syakim,Saiful Aniq dan Izlan Shah memandang adiknya itu dengan pandangan curiga.Syamia Safinas memang tak pandai membohong.Kalau dia bohong dia akan menggosok-gosok hidungnya.Ternyata betul telahan mereka memang Syamia Safinas berbohong.Ketika itu Syamia menggosok-gosok hidungnya.

             “Mia tipu..abang tahu Mia berbohong.Mia panjatkan.Tengok tali tangga ni,terputus.”Marah Izlan Shah yang memang terkenal dengan sifat barannya.Amirul Syakim sudah menepuk pelahan bahu Izlan Shah tak nak menimbulkan kekecohan pula di luar rumah.Syamia Safinas pula tersentak bila dimarahi Izlan Shah.Saiful Aniq memeluk adik bongsu mereka itu.Tahu sangat yang Syamia Safinas akan menangis bila dimarah.Syamia Safinas memeluk Mr.Trio erat-erat dan mula menangis.

            “Shh..Mia kan Abang Niq dah pesan jangan panjat tanpa kami.Mia okay??cedera kat mana-mana tak?”Tanya Saiful Aniq prihatin dan lemah dia cuba memujuk adik bongsunya itu.Izlan Shah pula terus berlari masuk ke rumah.Biasalah kalau dia dah angina macam tu dia akan berkurung dalam biliknya.Amirul memberi isyarat kepada kembarnya yang dia perlu memujuk Izlan dan diserahkan hal Syamia Safinas kepada Saiful Aniq.Saiful Aniq yang memahami isyarat t uterus menggangguk.Kebiasaannya memang begitulah.Saat Syamia Safinas dan Izlan Shah merajuk atau tak puas hati mereka berdua lah yang jadi penenang mereka dan begiulah sebaliknya.Saiful Aniq akan memujuk Syamia Safinas dan Amirul Syakim akan memujuk Izlan Shah.Tapi mereka berdua tak pernah membandingkan adik-adiknya.Sayang mereka sama rata.

              Mia hanya menggelengkan kepalanya tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. “Mmm..tapi tadi Mia jatuh tapi ada prince charming selamatkan Mia.Dia bagi Mia Mr.Trio”terang Syamia sambil menayangkan teddy bear putih gebunya itu pada Saiful Aniq.

              Saiful Aniq tertanya siapa pulak yang digelar prince charming oleh adiknya. “Dah jom masuk.Lama dah daddy dengan yang lain tunggu Mia tahu?Apalah birthday girl larikan diri masa party pulak.”kata Saiful Aniq.

         
Sekarang..

              “Oit!!berangan ke Princess oi?”tegur Izlan Shah kepada adik bongsunya yang tengah jauh termenung.Syamia Safinas tersengih.

              “Mana ada berangan.Orang teringat kenangan lalu je.Ingat tak Abang Lan ngajuk dengan Mia sebab Mia panjat pokok ni.Hahaha.”ujar Syamia Safinas sambil ketawa.Izlan Shah membulatkan matanya.Mengingati kenangan tu buat dia malu. “Dah puas dah gelak??” kata Izlan Shah sambil tayang muka bengang. ‘Ops!ada orang bakal mengamuk!!lari!!’ Syamia Safinas sudah berhenti gelak lalu cepat2 dia menggelongsor ke bawah bagi melarikan diri dari abangnya itu.

              “Abang Niq tolong!!Ada bom nak meletup!!hahaha..”sempat lagi dia menyakat abang ketiga nya itu.Izlan Shah mengejar adiknya hingga ke dapur.Riuh rendah rumah disebabkan dua beradik tu.Saiful Aniq muncul di dapur sambil memegang senduk.Syamia berhenti mengejut dan Izlan Shah tak sempat nak break kakinya lalu merempuh adik perempuannya itu.Dua-dua tersembam mencium lantai yang berkilat tu.Huhu..nasib la..

               “Haa..padan muka korang.Main lagi..Orang nak masak pon terganggu tahu?”Marah Saiful Aniq sambil sebelah tangannya membantu adik-adiknya bangun.Geleng kepala di buatnya kalau dua orang ni ada kat rumah.Kalau tak ada rindu pulak.Hai nasib..nasib..huu..

                 Syamia Safinas dan Izlan Shah dah tersengih-sengih.Sebenarnya nak gelakkan abang mereka tu sebab kuat sangat membebel.Tapi terpaksa ditahankan gelak kalau tak lagi panjang bebelan abangnya itu.