Sunday, January 19, 2014

LOVE YOU PRINCESS



LOVE YOU PRINCESS!
 
 
BAB 1
"Arghh!!dah lambat!!!dah lambat!!!!"
      Syamia terus berlari masuk kedalam bilik mandi dan mandi secepat mungkin.Sesudah mandi dia terus memakai pakaian sekolah dan tergesa-gesa turun ke tingkat bawah dengan membawa sikat dan getah rambut.Tercari-cari dia abang keduanya itu.
  “Abang Niq!!Tolong orang ikat rambut boleh?Dah lambat ni.” Katanya sebaik sahaja terlihat abangnya itu sedang menyediakan sarapan bersama Mak Som,orang gajinya di dapur.Saiful Aniq dan Mak Som hanya menggelengkan kepala dengan perangai puteri bongsu itu.Tanpa banyak bunyi Saiful Aniq menyikakan rambut adiknya itu.
 “Eh,beg sekolah Mia mana?” tanya Saiful Aniq pada Syamia Safinas sambil mengemaskan ikatan rambut adiknya itu.Syamia Safinas yang baru sahaja teringatkan beg sekolahnya yang lupa di bawa turun terus mennepuk kepalanya pelahan.
 “Haah la..beg Mia! Lupalah abang.Hehehe..”Katanya sambil menggaru dahinya.
 “Abang Lan!!Tolong ambilkan beg Mia dalam beg..and please hurry up bro!” jerit Syamia Safinas dengan lantang.Saiful Aniq sudah tersengih melihat telatah adik bongsunya itu.Tak lama kemudian Izlan Shah turun dengan tergesa-gesa bersama beg Syamia Safinas di mulut dan begnya pula disandang di belakang badannya manakala kedua-dua belah tangannya pula terkial-kial mengikat tali leher.
 “Hah ni lagi seorang.Kelam kabut.Cuba turun tangga tu elok-elok.Kang jatuh  barulah  tahu.Hei..abang tengah cakap dengan kamu ni..Dengar tak?” bebel Saiful Aniq pada adiknya,Izlan Shah.Izlan Shah pula buat endah tak endah je dengan bebelan abang keduanya itu.Saiful Aniq hanya menggelengkan kepala dan mula melangkah naik ke tingkat atas untuk mengambil beg kerjanya.Syamia pula sudah siap memakai kasut hanya tergelak melihat abang-abangnya itu.
 Izlan Shah pula terus  mencapai sekeping roti buat adiknya dan terus menyumbat roti itu masuk ke dalam mulut adiknya itu.Tangan kirinya pula terus menarik tangan adiknya itu menuju ke motorsikal kesayangannya di dalam garaj.Sebagai ketua pengawas dan penolong ketua pengawas mereka perlu memastikan namanya takkan tercemar dengan rekod yang tidak menyenangkan.

 “Jom Mia!” katanya sambil menghidupkan motosikal Kawasaki ZXR 250 kesayangannya itu.Syamia hanya memandang pelik ke arah abang ketiganya itu.
 'Aik ape mimpi abang aku ni??nak bawak motor besar ni pergi sekolah?' Syamia Safinas menggaru-garu kepala yang tidak gatal. 'Emm..macam mana aku nak panjat motor gedabak ni?Seksi seksa haa..malu aku.' Sempat lagi dia  membebel di sisi abangnya.
 “Eh,Mia tunggu apa lagi ni?cepatlah naik.dah lambat ni.”Tegur Izlan Shah melihat adiknya dari tadi menggaru kepala.Ada kutu ke kepala adik aku ni tergaru sana tergaru sini.Ish…macam-macam.Akibat terkejut dengan teguran abangnya itu Syamia Safinas terus memanjat naik motor itu dengan payahnya.Izlan Shah hanya menggelengkan kepalanya lalu menghulurkan helmet kepada adik kesayangannya itu.Syamia Safinas  hanya mengambil tanpa banyak bunyi. ‘Pergh..ni dah macam minah rempit dah aku ni.Hahaha.Ah lantaklah sekali sekala merempit dengan Abang Lan aku ni.’
 “Abang Niq kitaorang gerak dulu ni.Assalamualaikum,” jerit Izlan Shah kepada abang keduanya itu yang sudah siap berkot hitam bersama beg silang di bahu untuk ke pejabat.Motorsikal Izlan Shah  meluncur laju di jalan raya.Sampai sahaja di persimpangan sekolah dia pun menyuruh Syamia turun dari motornya itu dan terus memakir di port biasa.
 Mereka berdua terus masuk ke kawasan sekolah dan bergerak menuju ke bilik pengawas.Emm..bosan betul nak menghadap muka budak-budak lambat ni.Syamia Safinas mengeluh sambil punch kad kedatangan.Selepas punch kad Syamia Safinas pun memeriksa kedatangan para pengawas.Sekiranya ada pengawas yang lewat pasti akan di ambil tindakan.Selesai memeriksa Syamia bergegas ke pintu pagar utama sekolah untuk membantu pengawas lain bertugas.
 Sampai di pagar utama sekola kelihatan 10 orang pelajar lewat sedang beratur.Semua di situ menunduk kepala bila melihat susuk tubuh gadis yang sangat mereka kenali.Ada yang menggelabah dan ada yang tenang sahaja.Syamia Safinas hanya tersenyum manis melihat mereka dan tangan kirinya pula ad sebatang kayu baseball. ‘Haa..ni yang cuak ni..adoi mati lah aku kena ngan Kak Yong ni..’ bebel seorang pelajar lelaki yang bernama Sufian.Syamia Safinas bergerak menuju ke arah abangnya yang sedang sibuk memantau beberapa pelajar lain yang baru masuk dalam kawasan sekolah.
  “Abang!pinjam pen.Mia lupa ambil dalam beg” terus sahaja dia mencapai pen biru di poket baju Izlan Shah.Di hujung penjuru pagar sekolah terdapat aura dengki dari group gediks.Haha..Suzanne ketua kumpulan budak gedik itu memandang sinis kea rah Syamia Safinas.Syamia pula buat tak tahu je kat dorang tu buat sakit mata sakit hati je kalau melayan budak bajet cun ni. Suzzane mengetap bibir bila tengok Syamia tergedik-gedik dengan jejaka pujaannya.Padahal Syamia tak tergedik pun dia je yang perasan lebih.Syamia memberi jelingan maut.Dalam hati dia berkata ‘huh x puas hati dengan aku la tu.Abang Iz tak ingin la kat perempuan macam kau ni.Tengok tu dah la pakai skirt terlalu singkat.Kalau macam tu baik tak payah pakai skirt terus.Eeee…menyampah aku tengok.Tergedik-gedik macam chipanzi je..hahaha’
 Suzzane tak hirau pandangan Syamia tetapi dia terus berdiri sebelah Izlan dan mulakan rancangan menggoda Izlan. “Abang Shah,Su mintak maaf ya ating lewat hari ni.Kereta ayah Su buat hal pagi tadi.Jadi Su terpaksa jalan kaki ke sekolah.Abang Shah lepaskan la Su ya.Su janji lepas ni Su tak datang lewat lagi.Suzzane tersenyum menggedik sebelah Izlan.Shila dengan Sara dah tersengih-sengih melihat ketua mereka memulakan rancangan mereka.
   Syamia sudah geram. ‘Ni pahal lak nak menggedik minah ni!ish,menyampah lah!’katanya dalam hati.Syamia terus pandang ke arah pelajar lelaki yang memandang Suzzane dengan terliur tengok Suzzane menggoda abangnya.terus tangannya laju mengetuk kepala pelajar-pelajar lelaki yang pandang Suzzane itu.
 “Oit!Korang tengok apa?Dah la datang lambat!muka yang sama sahaja.Tak ada orang lain ke?Korang buat parti ke malam-malam hah sampai lambat datang sekolah??”pekik Syamia melepaskan geram.Beberapa pengawas sudah tersenyum melihat Syamia melepaskan geramnya.Pelajar-pelajar lelaki tadi tersentak dan pandang Syamia semula.Gerun melihat muka Syamia marah.
 “Nak lepaskan kau ek?hmm…apa kata kau pergi tanya Syamia sama ada kau boleh dilepaskan atau ditahan untuk kutip sampah ni”Lembut sahaja suara Izlan padahal dalam hati rasa nak debik saja muka minah sorang ni.Suzzane dah menarik muncung. ‘tak abis-abis Syamia-Syamia..tak ada orang lain ke?’Katanya dalam hati. “Oh ya,Su.Lain kali kalau nak ating sekolah tolong buat cara nak datang sekolah skirt tu dah tak macam skirt je.”tegur Iz tegas.Tiada senyuman  diberikan.
 Syamia yang tidak jauh dari situ terus tersenyum mendengar kata-kata abangnya itu. ‘Ni yang buat Mia sayang sangat kat abang.’Kemudian dia memandang pelajar lelaki yang bernama Sufian tu. ‘Hehe..malangnya nasib kau Sufian..nampaknya kau jadi mangsa aku harini.’Sufian yang sememangnya kecut perut dengan pandangan Syamia terus menunduk. ‘Mati la…’
 “Sufian?bukan ke kau dah janji yang kau tak nak datang lewat hari ni?Nampaknya kau mungkir janji ya..hmm..baiklah disebabkan kau dah mungkir janji aku akan denda kau.Dengar baik-baik.Dalam seminggu ni kalau aku jumpa kau kat mana-mana aku akan belasah kau sampai nyawa kau dah nak sampai nyawa-nyawa ikan!Faham?”gertak Syamia sambil menunding jari ke muka Sufian.Menggigil-gigil Sufian  menahan rasa takutnya.

 “Dalam kiraan tiga korang semua ad kat sini lari masuk kelas masing-masing.Siapa yang aku dapat tangkap,jangan meraung kalau tulang patah sebab aku sebat dengan kayu ni”Syamia bersuara tenang sambil di tangan kirinya ada sebatang kayu yang dia ambil di tepi bilik pengawas tadi.

 Para pelajar dah bersedia di tempat masing-masing seperti memasuki acara marathon sahaja.
 “Satu…dua…ti..!”belum sempat habis kira lagi semua pelajar yang lewat,lintang-pukang berlari masuk kelas masing-masing.Para pengawas lain sudah tidak tahan tawa mereka melihat Syamia mengugut pelajar-pelajar itu.Izlan Shah la yang paling kuat sekali gelaknya.Macam mana tak tergelak si Suzzane and the geng tu pun lari lintang pukang sebab takut dengan ugutan adik kesayangannya itu.Izlan jalan menuju ke adiknya dan mencuit hujung hidung adiknya.
 “Nakal ek?Hahaha”ketawa Izlan lagi.Syamia sudah tersengih-sengih.Selesai sudah tugasan mereka.Mereka pun beredar ke kelas masing-masing.
 Syamia Safinas masuk kelas.Sudah semestinya dengan kedatangan Syamia menjadi penarik perhatian semua pelajar di dalam kelas.Semua pelajar diam membisu kerana takut dengan jelingan maut Syamia Safinas.Ayu dan Amanina sedang tersengih melihat keadaan kelas yang sudah sunyi sepi dengan kemunculan Syamia Safinas.Syamia Safinas  memang digeruni oleh mereka semua kerana sikap tegasnya.Disebabkan sikapnya itu ramai pelajar takut dengan Syamia safinas.Ada yang cuba menyakiti Syamia Safinas tetapi malangnya nasib mereka,kerana Syamia Safinas bertindak pantas.Disamping itu,Syamia Safinas merupakan PuTerI kesayangan ketua pengawas mereka Izlan Shah dan anak kepada Dato’ Izzat iaitu jutawan terkenal di tanah air ini.Sebut sahaja nama Dato’Izzat sudah pasti sume mengenali pemilik nama itu.
 “Sya!kau menung apa tu?”tegur Ayu bila melihat Syamia termenung jauh.
 “Mana ada aku temenung la.Korang ni dari mana hah?”Syamia membalas.
 “Kami dari…bilik guru la.Kenapa?”soal Amanina pula.
 “Tak ada pape la.Aku tanya je.Tak leh ke wahai sahabat-sahabatku?”jawab Syamia kembali.
  “Aku dengar pagi tadi si Suzanne ngorat Abang Iz ek?hehehe popular sungguh abang pengawas kau tu.Tak jeles ke cik kak?”Ayu memulakan sesi gossip panas sekolah.Syamia mencebik kemudian tersengih.
 “Halllooo!!aku nak jeles wat pe?Diakan Abang Lang aku…tapi aku menyampah ngan Suzanne tu.Tak habis-habis cari masalah.Dah tahu Abang Iz tak layan  tu maknanya dia tak nak la.Aku rasakan dia tu tak tahu malu.Eee..geram la!”
 “Yela tu tak jeles…kau ngan Abang Iz kan kamcing berdua.Macam pasangan kekasih gitu.”tiba-tiba Nazreen muncul disebelah Syamia.Syamia terkejut dan bagi back hand kat Nazreen.
 “Oi!sakit lah!Sampai hati kau bagi back hand kat sepupu kesayangan kau.” Rungut Nazreen sambil mengusap-usap tengkuknya.Ayu dan Amanina sudah tak dapat menahan ketawa lalu tergelak terbahak-bahak melihat telatah Syamia.Syamia hanya tersenyum sumbing.serba salah sebenarnya.
  “Sorry…lagipun siapa suruh kau menyampuk tak bagi salam.Kan free-free dapat back hand aku.Padan muka!”sambil dia membebel sambil tu dia mengusap tengkuk Nazreen.Nazreen pula tersengih melihat Syamia membebel.Memang salah dia pun.
 Tak lama kemudian kelas mereka pun bermula.Mereka berlajar seperti biasa.Tinggal 1 bulan je lagi Syamia dan pelajar-pelajar tingkatan lima akan menghadapi peperiksaan besar iaitu SPM.
 


 “Mia!!jom cepat.Nanti Abang Niq membebel.”kata Izlan Shah pada Syamia sambil menghulur helmet milik adiknya.Syamia hanya tersengih lalu menyambut helmet yang dihulurkan.
 “Abang Shah..kalau Su nak mintak tolong hantarkan Su balik boleh tak.”muncul Suzzane tiba-tiba dengan suara gedik.
 Izlan dengan Syamia terkejut nasib baik dua-dua tak ada sakit jantung kalau tak…dah masuk kubur tau. ‘Ish minah kan..nak menggedik saja kerjanya.Nasib baik aku tak terhempuk kau dengan helmet ni.’
 “Eh sori Su.Abang dengan Sya nak cepat ni.Bye.Assalamualaikum!”cepat-cepat Izlan Shah menghidupkan enjin motornya dan memecut.Nasib baik Syamia memeluk pinggangnya kalau tak,mau adiknya tu tercampak ke belakang.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas pada Nazreen untuk turut serta dengan mereka sekeluarga.
 Sampai di Wangsa Walk.Izlan Shah berjalan beriringan dan berpegangang tangan dengan adiknya.Semua pengunjung di Wangsa Walk ada yang memandang cemburu ada yang tersengih-sengih tengok mereka.Izlan Shah dan Syamia Syafinas hanya buat bodoh dan berlalu ke tempat main bowling.Di dalam Dato’ Izzat sudah berada bersama-sama dengan Amirul Syakim,Saiful Aniq,dan Nazreen.
 Mereka bermain bowling dan saling meluangkan masa bersama-sama.Seperti biasa Izlan Shah akan berganding dengan Syamia Safinas.Nazreen pula berganding dengan Dato’ Izzat dan semestinya kembar takkan berpisah.Hehe.Penat bermain mereka pergi mengisi perut di Restoran A&W.
 “Abang Niql!Abang Am jom karaoke?”serentak Syamia dan Izlan bersuara selepas melintas pusat karaoke di Wangsa Walk.Yang lain sudah ketawakan mereka kerana kelihatan seperti kanak-kanak yang inginkan aiskrim dari kedua-dua ibu bapa mereka.Hahaha..
    
   “Korang berdua ni kan..sama sahaja tau.”kata Nazreen selepas puas ketawa dengan telatah kedua-dua adik beradik tu.Amirul Syakim dan Saiful Aniq hanya menggeleng-gelengkan kepala mereka.Dato’ Izzat pula dari tadi tak habis-habis tersengih melihat telatah anak-anaknya. ‘Alangkah bahagianya abang sekiranya Syaf masih berada bersama kami..’kata hati tuanya yang amat merindui arwah isterinya.
    
   “Apa lagi?Jom!Daddy belanja”kata Dato’ Izzat membuat kata putus.Izlan Shah dan Syamia Safinas sudah melompat gembira dan segera masuk ke pusat karaoke tersebut.

 “Eh Uncle Iz..Naz pulang dulu la..lagi pun papa dengan bonda suruh balik cepat tadi sebab ada tetamu datang melawat.Terima kasih untuk hari ni.”Kata Nazreen lalu mengudur diri.
 
  “Baik lah..hati-hati memandu tu.Sampaikan salam uncle pada papa kamu tu.”Dato Izzat membalas. Nazreen menyalam tangan Dato’ Izzat,Amirul Syakim dan Saiful Aniq. Dato’Izzat dan anak-anaknya terus masuk ke pusat karaoke tersebut.Masuk je bilik yang ditempah oleh Izlan Shah dan Syamia Safinas mereka terkejut tengok Izlan Shah yang sudah tunjukkan bakat nyanyiannya.Mereka hanya menikmati nyanyian Izlan.Manakala Syamia Safinas sudah terlena di bahu Saiful Aniq kerana kepenatan.Hari yang memenatkan tapi cukup menggembirakan bagi sebuah keluarga yang bahagia seperti mereka.

 



No comments:

Post a Comment