BAB 2
Kau
hadir tanpa ku sedari
Mengisi
kekosongan hati
Kini
kau pergi
tinggalkan
ku oh sendiri
Lemasku
dalam sepi
Hujan
yang turun ke bumi
Membawa
rindu yang menggunung
Kau
biarkan ku
Oh
sendiri malam ku tanpa mimpi
Mengapa
tangan kau lepaskan
Setelah
hatiku kau tawan
Mengapa
takdir memisahkan
Hanya
aku cinta kau seorang
Mengapa
tangan kau lepaskan
Setelah
hatiku kau tawan
Angina
malam bawalah cintaku
Menghapus
rasa rindu
Syamia Safinas leka mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh Izlan Shah pada petang itu.Ketika itu mereka berdua sedang duduk bersama
di pondok pokok yang dibina oleh daddy mereka sewaktu mereka kecil lagi.Di rumah
pondok kecil ini lah tempat dia dan abang-abangnya lepak,meluangkan masa
bersama dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.Izlan Shah masih memetik gitar
dan mula menyanyikan lagu-lagu yang disukai adik bongsunya itu.Banyak kenangan
mereka adik-beradik di pondok itu.Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa lalu.
10 tahun yang lalu..(kenangan)
“Abang Lan macam mana Mia nak panjat pokok tu?” tanya Syamia Safinas
yang masih kecil.Ketika itu umur dia baru berumur tujuh tahun.Izlan Shah hanya
menggelakkan adik bongsunya itu. “Hahaha.Apalah Mia ni tunggulah daddy
pasangkan tangga kat situ nanti Mia boleh la naik atas pondok pokok tu.Faham
tak tuan puteri?Tapi janji dengan abang jangan sesekali panjat pokok tu
diam-diam tanpa kami berempat okay?dan jangan sesekali berani-raninya nak
memanjat pokok tu guna tali tu?Mia tu perempuan kalau jatuh nanti bahayalah
okay?”Jawab Izlan Shah tegas pada adiknya.Syamia hanya menganggukkan kepalanya
tanda faham dengan kata abangnya itu.
“Okay,so kiranya selagi daddy tak bina tangga kat pokok ni Mia tak boleh
naik la.Mana adil Abang Niq,Abang Am,Abang Lan dengan Naz boleh duduk atas tu
tapi Mia tak boleh duduk kat atas tu.Hmm…” rungut Syamia Safinas. “Hei birthday
girl,kenapa monyok ni?dan kenapa tak bersiap lagi ni?Kan majlis dah nak
bermula.” Tegur Amirul Syakim dari belakang adiknya itu.Syamia hanya tersenyum
ke arah abang sulungnya itu. “Lan kau ajar adik yang bukan-bukan ya?”
“Oi,ko agak-agak lah.Aku tak adanya nak mengajar puteri aku ni yang
bukan.Aku ni abang yang baik tahu?” jawab Izlan Shah geram pada abang sulungnya
itu.Suka sangat buat dia sakit hati.Amirul Syakim sudah ketawa terbahak-bahak
sambil memeluk bahu adik bongsunya,Syamia Safinas. “Dah jom Mia kita
masuk.Abang Niq kamu tu dah bising cari kamu tak jumpa-jumpa.Semua
baju,kek,perhiasan dah dia siapkan.Macam mak-mak je tahu abang awak
tu.Hahaha..” katanya lagi.
“Ooo..kau kutuk Abang Niq eh?Aku
repot kat dia nanti.Hahaha” sampuk Izlan Shah.Terus sahaja si abang menyekeh
kepala adiknya itu.Syamia hanya ketawa dan ketawa yang pasti malam ni dia ada
agenda tersendiri.
Masuk sahaja dalam bilik Syamia
Safinas terus disiapkan oleh abang keduanya Saiful Aniq. “Emm..abang..” sapa
Syamia Safinas manja kepada abang kembarnya itu.Saiful Aniq hanya tersenyum
dengan gaya manja adik bongsunya itu. “Hmm…ni mesti ada pape yang dikehendaki
ni.” Teka Saiful Aniq.Syamia sudah ketawa.Tahu-tahu sahaja abang aku sorang ni.
“Kenapa Mia tak boleh panjat pokok
tu?Mia nak juga merasa macam mana perasaanya duduk atas pondok atas pokok tu.”
Luah Syamia Safinas kepada abang keduanya itu.
“Okay,listen here dear.Banyak
sebab kami larang Mia naik atas tu sorang diri.Firstly as you know
princess,daddy belum siap bina tangga lagi untuk Mia naik ke atas pondok
tu.Second reason why you should not climb up the tree by using that rope
because that rope is not safe anymore.Anytime je boleh putus tali tu.Sebab tu
kami tak bagi Mia panjat tali tu.Ada faham?” jelas Saiful Aniq sungguh-sungguh
agar adiknya yang seorang tu faham.
Syamia hanya mengganggukkan
kepalanya tanda dia memahami kata-kata abang keduanya itu. ‘Arrgghh aku tak
peduli malam ini aku kena panjat pokok tu.’kata Syamia Safinas tanpa memikirkan
buruk padahnya nanti.Majlis malam itu berjalan dengan lancar.Tanpa disedari
oleh Amirul Syakim,Saiful Aniq,Izlan Shah,Nazreen dan Dato’ Izzat,Syamia
Safinas telah pon menyelinap keluar ke pokok yang terletak di belakang kawasan
rumah agam daddynya.
Tingginya…hmm…aku nak naik
jugak.Aku nak tengok pemandangan kat atas sana.Tanpa sedar Syamia sudah
mencapai tali yang memang sudah ada di situ.Sedang dia naik serasanya macam
tali tu bagaikan hendak terputus.
Tup!
“Argh!!”Syamia mula terjerit
kerana terasa seperti dia sedang terbang menjunam ke bawah.Tunggu saat sahaja
seluruh badannya terhempas ke tanah.Syamia Safinas memejamkan matanya kerana
takut dengan kesakitan yang bakal dia hadapi sebentar nanti.Tapi pelik kenapa
rasa macam lama sahaja aku ni jatuh tak sampai-sampai ke tanah.Ke aku dah
mati??Daddy Mia tak nak mati lagi…huaargghh..
Tiba-tiba satu suara menusuk ke
gegendang telinganya. “Awak okay??Cedera tak?Sakit kat mana-mana?”Kata jejaka
itu.Syamia Safinas terpegun tengok mata lelaki itu.Tanpa dia sedar rupa-rupanya
dia sudah selamat berada di gedongan lelaki itu.Pucat di muka Syamia Safinas
membuatkan budak lelaki itu gelabah dan panik.Dia menggoncang-goncang badan
Syamia Safinas.Tangannya pula sibuk melambai-lambai di depan muka Syamia
Safinas tetapi gadis comel tu tak memberi sebarang reaksi.
Apa kena dengan budak comel ni?Okay ke tak dia ni..apa aku nak buat?Farish Faryzal makin panik.Seminit kemudian Syamia Safinas baru boleh bersuara.Tu pun perlahan. “Emm..aa.awak..err..mm..boleh..turunkan Mia tak?” kata Syamia Safinas tergagap.Huh?boleh pun bersuara ingatkan tak boleh cakap dah.Farish Faryzal pun menurunkan gadis comel tu.Nasib baik dia sedang berjalan-jalan di kawasan sekitar tu.Mujurlah dia sempat sambut Syamia Safinas kalau tak tak tahu la apa jadi.Mesti kecoh nanti.
“Err..Terima kasih..” ucap Syamia
Safinas gugup.Syamia Safinas masih malu dan masih terkejut dengan kejadian
tadi.
“Emm..Sama-sama.Awak buat apa kat
sini malam-malam ni.Bahaya tau.Cuba tengok tadi hampir sahaja nyawa awak
melayang.”Farish Faryzal memulakan ceramahnya.Sebenarnya dia betul-betul panik
melihat gadis tu hampir jatuh ke tanah.
“Saya Cuma nak panjat pokok
tu..Abang-abang saya tak izinkan saya naik ke atas tu selagi tangga yang daddy
bina belum siap.”Syamia Safinas mula menangis.Dia masih lagi dalam keadaan
terkejut.Farish Faryzal panik kembali. ‘Alahai..menangis pula..ee..what should
I do?’
“Emm..jap tau.Awak tunggu saya kat
sini.Kejap lagi saya datang balik.”pujuk Farish Faryzal.Syamia Safinas blur.Tak
lama kemudian si jejaka tadi datang sambil membawa segelas air masak dan sebuah
patung beruang berwarna putih.Mata Syamia tak beralih pada patung beruang
tersebut.
“Beruang!!!comelnya!!!!!”terus dia
merampas patung beruang itu daripada jejaka tersebut,Syamia Safinas
memeluk-meluk beruang tersebut dengan penuh teruja.
“Fluffy la awak ni Mr.Trio”Syamia Safinas tersengih sambil menenyeh-nenyeh mukanya pada badan beruang putih itu.Manakala Farish Faryzal terpegun melihat gadis di depannya tu.
“Fluffy la awak ni Mr.Trio”Syamia Safinas tersengih sambil menenyeh-nenyeh mukanya pada badan beruang putih itu.Manakala Farish Faryzal terpegun melihat gadis di depannya tu.
“Trio??heheh..comel nama
tu..err..Saya Ryzal.Awak leh panggil saya Riz.Nama awak siapa tuan
puteri?”Farish Faryzal memperkenalkan diri.Gelas yang berisi air tu diletakkan
di atas pangkin bawah pondok pokok.
“Mia..Syamia Safinas.”jawab Syamia
sambil tersenyum gembira kerana mendapat hadiah yang sangat comel. “Ooo..awak
adik Amirul Syakim ya..hehe patut lah ada iras-iras.Saya..eh saya kena
pergi.Maaf..Selamat ulang tahun puteri comel.”Farish terpaksa beredar kerana
dia sudah berjanji untuk pulang awal dengan papanya.Sempat lagi dia mengelip
mata pada gadis comel yang dikenalinya.
Syamia sudah tergamam.Merah muka
dia.Tiba-tiba muncul pula Izlan Shah dan Saiful Aniq.
“Oit…apa Mia buat kat sini?”tanya
Saiful Aniq.
Terkejut Syamia dibuatnya. “Ish apa
Abang Epul ni??Terkejut Mia tau.”Saiful Aniq dan Amirul Syakim tergelak-gelak
melihat wajah cemberut adiknya tu.
“Mia buat apa malam-malam buta kat
bawah pokok ni sorang-sorang?Jangan-jangan Mia ada niat nak panjat pokok ni ya?”Tebak Amirul
Syakim.Dia kenal sangat perangai adik bongsunya itu.Lagi ditegah lagi dia buat.
“Ehh…Mana ada Mia tak buat
lah..Mia bosan kat dalam sana jadi Mia keluar lah.”Bohong Mia.Harap-harap dia
tak tertangkap.Amirul Syakim,Saiful Aniq dan Izlan Shah memandang adiknya itu
dengan pandangan curiga.Syamia Safinas memang tak pandai membohong.Kalau dia
bohong dia akan menggosok-gosok hidungnya.Ternyata betul telahan mereka memang
Syamia Safinas berbohong.Ketika itu Syamia menggosok-gosok hidungnya.
“Mia tipu..abang tahu Mia berbohong.Mia
panjatkan.Tengok tali tangga ni,terputus.”Marah Izlan Shah yang memang terkenal
dengan sifat barannya.Amirul Syakim sudah menepuk pelahan bahu Izlan Shah tak
nak menimbulkan kekecohan pula di luar rumah.Syamia Safinas pula tersentak bila
dimarahi Izlan Shah.Saiful Aniq memeluk adik bongsu mereka itu.Tahu sangat yang
Syamia Safinas akan menangis bila dimarah.Syamia Safinas memeluk Mr.Trio
erat-erat dan mula menangis.
“Shh..Mia kan Abang Niq dah pesan
jangan panjat tanpa kami.Mia okay??cedera kat mana-mana tak?”Tanya Saiful Aniq
prihatin dan lemah dia cuba memujuk adik bongsunya itu.Izlan Shah pula terus
berlari masuk ke rumah.Biasalah kalau dia dah angina macam tu dia akan
berkurung dalam biliknya.Amirul memberi isyarat kepada kembarnya yang dia perlu
memujuk Izlan dan diserahkan hal Syamia Safinas kepada Saiful Aniq.Saiful Aniq
yang memahami isyarat t uterus menggangguk.Kebiasaannya memang begitulah.Saat
Syamia Safinas dan Izlan Shah merajuk atau tak puas hati mereka berdua lah yang
jadi penenang mereka dan begiulah sebaliknya.Saiful Aniq akan memujuk Syamia
Safinas dan Amirul Syakim akan memujuk Izlan Shah.Tapi mereka berdua tak pernah
membandingkan adik-adiknya.Sayang mereka sama rata.
Mia hanya menggelengkan kepalanya
tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. “Mmm..tapi tadi Mia jatuh tapi ada
prince charming selamatkan Mia.Dia bagi Mia Mr.Trio”terang Syamia sambil
menayangkan teddy bear putih gebunya itu pada Saiful Aniq.
Saiful Aniq tertanya siapa pulak
yang digelar prince charming oleh adiknya. “Dah jom masuk.Lama dah daddy dengan
yang lain tunggu Mia tahu?Apalah birthday girl larikan diri masa party
pulak.”kata Saiful Aniq.
Sekarang..
“Oit!!berangan ke Princess
oi?”tegur Izlan Shah kepada adik bongsunya yang tengah jauh termenung.Syamia
Safinas tersengih.
“Mana ada berangan.Orang teringat
kenangan lalu je.Ingat tak Abang Lan ngajuk dengan Mia sebab Mia panjat pokok
ni.Hahaha.”ujar Syamia Safinas sambil ketawa.Izlan Shah membulatkan
matanya.Mengingati kenangan tu buat dia malu. “Dah puas dah gelak??” kata Izlan
Shah sambil tayang muka bengang. ‘Ops!ada orang bakal mengamuk!!lari!!’ Syamia
Safinas sudah berhenti gelak lalu cepat2 dia menggelongsor ke bawah bagi
melarikan diri dari abangnya itu.
“Abang Niq tolong!!Ada bom nak
meletup!!hahaha..”sempat lagi dia menyakat abang ketiga nya itu.Izlan Shah
mengejar adiknya hingga ke dapur.Riuh rendah rumah disebabkan dua beradik
tu.Saiful Aniq muncul di dapur sambil memegang senduk.Syamia berhenti mengejut
dan Izlan Shah tak sempat nak break kakinya lalu merempuh adik perempuannya
itu.Dua-dua tersembam mencium lantai yang berkilat tu.Huhu..nasib la..
“Haa..padan muka korang.Main
lagi..Orang nak masak pon terganggu tahu?”Marah Saiful Aniq sambil sebelah
tangannya membantu adik-adiknya bangun.Geleng kepala di buatnya kalau dua orang
ni ada kat rumah.Kalau tak ada rindu pulak.Hai nasib..nasib..huu..
Syamia Safinas dan
Izlan Shah dah tersengih-sengih.Sebenarnya nak gelakkan abang mereka tu sebab
kuat sangat membebel.Tapi terpaksa ditahankan gelak kalau tak lagi panjang
bebelan abangnya itu.
No comments:
Post a Comment